Sewa Roof Box Thule
Sekitar Seremban & Nilai

Jadikan perjalanan balik kampung atau percutian anda lebih selesa dengan ruang kabin yang lebih luas. Pemasangan disediakan secara percuma di Seremban 2.

Thule roof box
KUALITI YANG TERJAMIN

Thule Pacific M 410L – Premium

Kami hanya menawarkan roof box berjenama antarabangsa, Thule. Berkapasiti 410 liter, reka bentuk aerodinamik, serta dilengkapi sistem kunci berpusat untuk keselamatan maksimum.

  • Sesuai memuatkan bagasi & peralatan perkhemahan
  • Reka bentuk aerodinamik mengurangkan rintangan angin & menjimatkan minyak
  • Pemasangan profesional diberikan secara percuma
LANGKAH MUDAH

Cara Menyewa

1

Pilih Pakej

Pakej Hari Biasa atau Hujung Minggu

2

Isi Borang

Isi maklumat ringkas & pilih tarikh

3

Datang ke Butik

Proses pemasangan siap dalam 15 minit

4

Terus Bertolak

Nikmati perjalanan kabin yang selesa

KELEBIHAN KAMI

Kenapa Pilih Kotak Kembara?

Pemasangan Profesional

Kami uruskan proses pasang dan buka. Anda tunggu sahaja di dalam kereta.

Lokasi Butik Tetap

Singgah terus ke butik kami di Seremban 2, mudah dicari dan selesa.

Tiada Caj Tersembunyi

Harga penuh (all-in) termasuk sewaan roof rack dan kos pemasangan.

KESERASIAN

Antara Kenderaan Yang Sesuai

Perodua Alza Perodua Aruz Proton Exora Toyota Avanza Toyota Rush
PAKEJ SEWAAN

Pakej Kotak Kembara

Pakej Hari Biasa

Selasa - Khamis

RM200
  • Model Thule 410L
  • Percuma Roof Rack
  • Pemasangan percuma
INFO PENTING

Soalan Lazim

Berapa lamakah proses pemasangan diambil?

Biasanya mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit sahaja di butik kami di Seremban 2.

Adakah selamat jika saya memandu laju?

Had laju maksimum yang disyorkan ialah 120km/j demi memastikan keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain.

Bolehkah saya melalui laluan pandu lalu (drive-thru) atau parkir bawah tanah?

TIDAK BOLEH. Anda mesti mengelakkan mana-mana laluan berhalangan rendah. Sebarang kerosakan akibat kecuaian ini adalah di bawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya.

Adakah sebarang deposit dikenakan?

Ya, deposit keselamatan sebanyak RM100 diperlukan (akan dipulangkan penuh jika kotak dipulangkan tanpa kerosakan).